Showing posts with label Artikal. Show all posts
Showing posts with label Artikal. Show all posts

Thursday, 17 October 2013


Samsung-Tab-3-10.1
Walaupun tablet tidak mampu menggantikan sepenuhnya fungsi dan kebolehan sebuah komputer, namun ia tetap memberi manfaat kepada pengguna.

Berbanding penggunaan komputer, tablet didatangkan khusus dengan reka bentuk yang lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana tanpa memerlukan ruangan besar untuk simpanan.

Bahkan fungsinya yang membolehkan pengguna melakukan kerja seperti tugasan pejabat, melayari internet atau penggunaan lain-lain aplikasi, amat memudahkan sesuatu tugasan itu diselesaikan.


Samsung

Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd. sentiasa mengikut nadi perubahan citarasa pengguna dengan menawarkan produk yang bukan sahaja relevan malah pelengkap pelbagai permintaan gaya hidup, sekali lagi menawarkan produk terbaik apabila memperkenalkan Samsung Galaxy Tab 3 10.1.

Samsung Galaxy Tab 3 10.1 kini boleh didapati dengan sokongan teknologi 4G LTE melalui sistem pemprosesan Intel XMM 7160.

Tablet Android Samsung berkenaan yang dikuasakan pemproses Intel merupakan yang pertama seumpamanya untuk produk Samsung dan dilengkapi dengan cip Intel Atom Z2560, serta menyokong LTE dengan prestasi dan kuasa lebih tinggi serta bateri lebih cekap.

Berdasarkan pelancaran tablet tersebut Samsung amat yakin dengan penerimaan orang ramai terhadap sistem itu.

Lebih menarik, Samsung Galaxy Tab 3 10.1 menggabungkan reka bentuk lebih nipis dengan capaian pre-


Ninetology

Ninetology merupakan syarikat teknologi peranti mudah alih Asia Tenggara yang begitu agresif dan berusaha mencapai pertumbuhan memberangsangkan.

Ninetologi berbangga dapat bersaing dengan teknologi global dan piawaian antarabangsa yang terkemuka serta peka dengan ketelitian, seni dan kecantikan.

Dengan berpandukan inspirasi gaya hidup yang pantas dan penuh keberanian, produk Ninetologi mendapat ilham daripada penyelesaian yang ada pada hari ini untuk tahap kebolehgunaan dan fungsi yang tinggi.

Mei lalu, Ninetology tampil dengan produk baru tablet Ninetology outlook Pure (T8700) dan berada di pasaran pada Jun.

Tablet yang baru dilancarkan itu didatangkan bersama perkhidmatan jalur lebar 3G yang ditawarkan Clixster Mobil, selain mempunyai aplikasi yang mesra untuk seisi keluarga.

Selain Outlook Pure, Ninetology turut menawarkan Outlook Tablet dan Outlook Express.


Alcatel

Alcatel Onetouch adalah jenama di dalam TCL Communication, firma antarabangsa pelbagai budaya yang mereka bentuk, membangunkan dan memasarkan secara global rangkaian peranti mudah alih dan internet yang semakin berkembang.

Ogos 2013, Alcatel memperkenalkan One Touch Evo7 bersaiz 7 inci dengan paparan skrin 1024 x 600 serta lebih ringan seberat 395 gram.

Tablet terbaru ini turut dilengkapi dengan sambungan WiFi, 3G dan LTE.
 
Selain itu, pelbagai produk tablet turut ditawarkan Alcatel antaranya Alcatel One Touch Tab 7HD, One Touch Tab 7 (kuasa kompak) yang dikuasakan dengan pemprosesan dual teras.

Sumber:sinarharian

Tuesday, 15 October 2013


PENGGEMAR fotografi biasanya mahukan kelainan apabila menghasilkan foto bagi memenuhi kepuasan sendiri selain mempertontonkannya kepada umum.
Ini kerana hasil seni fotografi yang mempunyai kelainan tersendiri sudah pasti menjadi sebuah karya yang bermutu dan mempunyai nilai kreatif yang baik.
Sebab itulah sudah ramai di kalangan jurufoto memiliki kamera lasak untuk semua keadaan cuaca (All Weather Camera) yang dijual dalam bentuk kamera kompak.
Kamera seperti ini agak baru bagi kebanyakan peminat fotografi namun dengan teknologi digital terkini, kamera tersebut dapat menghasil fotografi yang bermutu dan boleh digunakan untuk cuaca biasa, dalam hujan dan boleh dibawa menyelam sehingga 15 meter.
Kelebihannya yang kalis air, tahan gegaran, calar, sejuk serta tahan habuk membuatkan kamera lasak ini semakin diminati kerana boleh digunakan dalam pelbagai keadaan.
Selain itu, kebanyakan kamera tersebut dilengkapi dengan sistem GPS, Wifi, Sensor Perakam Imej terkini yang boleh membuat rakaman gambar hingga 15 bingkai sesaat dan penstabilan imej optik.
Dengan adanya kamera untuk semua cuaca ini anda tidak perlu lagi takut sekiranya kamera anda terkena air dan sebagainya.
Antara kamera yang kini berada di pasaran adalah Nikon 1 AW1, Nikon Coolpix AW 110, Olympus Stylus TG-2 , Olympus TG-1 iHS, Panasonic TS5D, Panasonic TS20, Fujifilm Fine Pix XP150, Pentax WG-3GPS, Sony Cyber-shot DSC-TX20, Canon Power Shot D20, Samsung WP10 (AQ100) dan banyak lagi.
Kesemua kamera ini juga dilengkapi dengan perakam video berkualiti tinggi (Full HD Video 1080p) bagi menghasilkan rakaman video yang berkualiti.
Walaupun kamera lasak ini mempunyai pelbagai kelebihan namun harga yang ditawar oleh pengeluarnya amat berpatutan dan boleh dimiliki seperti mana kamera lain.


Sumber:Utusan

Tuesday, 24 September 2013

PENGGUNAAN telefon bimbit di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di Asia Pasifik serta melebihi negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah, menurut laporan terbaru firma kajian pengguna Nielsen.

Laporan Memahami Pengguna Telefon Bimbit Asia itu menunjukkan trend terkini dalam pemilikan telefon pintar serta sikap pengguna di sembilan negara Asia Pasifik termasuk Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina, Australia, Hong Kong, China, India dan Singapura.

Malaysia mencatatkan kadar penembusan telefon pintar 80 peratus selepas Hong Kong dan Singapura (87 peratus), diikuti Australia (75 peratus) dan China (71 peratus).

Laporan itu juga menunjukkan penggunaan telefon bimbit di Asia Pasifik terus mencatatkan pertumbuhan berganda sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Penggunaan telefon pintar di pasaran membangun juga mula meningkat. Thailand mencatatkan kadar penembusan 49 peratus diikuti Indonesia (23 peratus), India (18 peratus) dan Filipina (15 peratus).


Rakyat Malaysia paling ramai memiliki lebih daripada satu telefon bimbit

Jumlah pengguna yang memiliki beberapa telefon bimbit juga semakin meningkat di rantau Asia Pasifik, terutama di Malaysia, di mana hampir separuh atau 47 peratus pengguna memiliki lebih daripada satu telefon bimbit, diikuti Hong Kong (31 peratus) serta Singapura dan China (29 peratus).

Selain telefon pintar, penggunaan tablet juga dilihat semakin meningkat di pasaran rantau ini berbanding tahun lalu, dengan Singapura mencatatkan peningkatan hampir 30 peratus kepada 47 peratus, Hong Kong (57 peratus) dan Malaysia (42 peratus).

"Pertumbuhan dalam pemilikan peranti yang boleh disambung kepada internet di Asia Pasifik begitu besar sejak beberapa tahun ini.

"Walaupun graf pertumbuhan ini dijangka akan mula mendatar, penggunaan peranti ini akan terus berkembang dan memberikan peluang yang sangat besar kepada organisasi untuk berhubung dengan pengguna melalui platform ini," menurut Pengarah Amalan Telekomunikasi dan Teknologi Asia Tenggara Nielsen, Sagar Phadke.

Menurutnya, menjadi semakin penting bagi syarikat untuk membangunkan strategi mudah alih yang canggih bagi mengambil peluang daripada trend terbaru ini.


Samsung jenama telefon pintar paling popular di negara ini

Laporan itu turut menunjukkan jenama menjadi faktor utama yang mempengaruhi pemilihan telefon pintar bagi pengguna di Asia Pasifik, dan Samsung adalah jenama paling digemari di Malaysia.

Selain itu, pengguna di Asia Tenggara turut meluangkan purata tiga jam setiap hari menggunakan telefon pintar mereka, termasuk untuk aplikasi sembang, media sosial dan hiburan seperti permainan dan multimedia, iaitu tempoh penggunaan paling tinggi di dunia.

"Walaupun kadar penembusan telefon pintar belum mencecah 100 peratus, penggunaan aplikasi semakin meningkat. Satu daripada lima pengguna telefon bimbit di dunia, yang kini berjumlah 1.2 bilion orang, menggunakan aplikasi dalam telefon mereka.

"Di Asia Pasifik, permainan, aplikasi multimedia dan media sosial adalah paling banyak digunakan," kata Phadke.

Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Australia juga memperlihatkan penggunaan perdagangan mudah alih yang semakin tinggi, dengan kadar antara 25 peratus dan 31 peratus, di mana pengguna menggunakan telefon pintar mereka untuk membeli barangan atau membuat pembayaran.

"Memahami sikap pengguna telefon pintar adalah penting bagi kejayaan sesebuah syarikat pada hari ini," kata Phadke.

Sumber:sinarharian.com

Saturday, 22 June 2013

Anda mahu muat turun sesuatu, tetapi tidak tahu alamatnya? Salah sebuah tempat storan online yang terbesar di dunia, Rapidshare adalah syurga muat turun untuk semua perisian, muzik mp3, movie, dan lain-lain lagi di internet. Mungkin cara berikut biasa anda praktikkan semasa mencari ‘item download’ anda itu – dengan menambah parameter: “site:rapidshare.com“.

Contohnya begini: Katakan anda mahu mencari ebook bertajuk seperti “computer“. Masukkan perkataan anda begini: “Computer ebook site:rapidshare.com“.

Selain cara di atas, terdapat satu lagi cara yang mudah – menggunakan enjin carian rapidshare. Beberapa senarai enjin carian terdapat di sizlopedia dan gHacks tetapi sebahagian daripadanya sudah rosak.

Berikut ialah senarai 24 enjin carian rapidshare yang anda boleh gunakan untuk mencari item anda:

1. rapidshare-search-engine

2. rapidlibrary

3. filez

4. filecrop

5. rapid.tvphp

6. 4megaupload

7. filescoop

8. rapidshare1

9. rapidshare-searcher

10. searchrapidshare.info

11. rapidfox

12. hellafiles

13. filesearch.gr/

14. oplahol.

15. rsfind

16. rapidrat

17. searchshared

18. shareminer

19. filesbot

20. rapidosearch

21. oneclickfiles

22. rapidsharelink

23. megadownload

24. avun

25. dropbox

26. box

27. Google drive

28.  Mediafire

Cara menggunakan Google amat baik, tetapi kadangkala ada fail yang akan terindeks jauh dalam GoogleSearch. Adalah lebih baik jika anda menggunakan enjin carian khas seperti di atas.

Sumber : mywindowsxp

Friday, 21 June 2013


10 Tip Keselamatan

1. Matikan penyesuai WiFi anda

Apabila anda tidak berada di rumah atau di tempat kerja, adalah tindakan bijak untuk mematikan sambungan WiFi. Jika tidak, komputer anda mungkin menyambung ke Hotspot berniat jahat secara automatik tanpa anda sedari.    

2. Pastikan firewall aktif

Firewallmembantu melindungi PC dengan menghalang pengguna lain mengakses komputer anda menerusi rangkaian WiFi. Ia bertindak menghalang maklumat atau membenarkan ia melaluinya.

3.Gunakan Virtual Private Network (VPN)

Apabila memilih untuk menggunakan sambungan WiFi, pastikan ia dilengkapi dengan bentuk kunci keselamatan. Maklumat yang dihantar melalui rangkaian ini lebih sulit dan salah satu alternatifnya menggunakan VPN.

*Pengguna Windows 7 - Klik Start - Control Panel - Network and Internet - Network and Share Center - Set up a new connection or network. Pilih Connect to a Workplace – Next - Use my internet connection (VPN). Taip alamat IP dan nama sambungan pada bahagian Destination.

Masukkan nama pengguna serta kata unik sebelum klik Connect.

4. Sulitkan data

Anda boleh melindungi fail dengan menjadikannya sulit. Membuka dan mengubah suainya memerlukan kata laluan. Laksanakan prosedur hanya ke atas satu fail pada satu masa. Pertimbangkan untuk lindungi fail yang hanya digunakan semasa bekerja di tempat awam.

5. Gunakan HTTPS dan SSL

Kini, banyak laman web menggunakan HTTPS dan SSL untuk menyedia sambungan selamat. Ia protokol perhubungan komunikasi sulit. Akses laman web atau e-mel dengan dimulai https://.

6. Melumpuhkan perkongsian fail dan pencetak

Perkongsian fail dan pencetak ialah ciri yang membolehkan komputer lain dalam rangkaian mengakses sumber pada komputer anda. Apabila anda menggunakan PC mudah alih anda di tempat Hotspot, lumpuhkan fail dan pencetak daripada perkongsian dan serangan penggodam.

*Pengguna Windows 7 - Klik Start - Control Panel - Network and Internet - Network and Sharing Center - Homegroup and sharing options - Change advanced sharing settings - File and printer sharing - Turn off file and printer sharing - Save changes.

 7. Pemantauan pintu akses

Jika terdapat kemudahan WiFi, anda pasti terdorong melakukan sambungan. Ia akan menyambung ke pusat akses dan menghubungkan anda ke sistem berwayar utama untuk Internet. Untuk memastikan sambungan betul, konfigurasi PC anda untuk membolehkan anda meluluskan pusat akses sebelum menyambung.

8. Privasi folder anda

Apabila folder pada PC mudah alih anda diprivasi, ia adalah lebih sukar bagi penggodam untuk mengakses fail anda.

*Pengguna Windows 7 - Start - Control Panel - Dalam kotak carian, taip Network - Network and Sharing Center - Change advanced sharing settings - Klik pada V untuk memperluaskan profil rangkaian semasa anda. Di bawah Public folder sharing - Turn off Public folder sharing (people logged on to this computer can still access these folders) - Save changes.

9. OS dan aplikasi ‘up to date’.

Hampir setiap minggu ada kemas kini keselamatan terbaru diumumkan dan tidak terhad di bahagian sistem OS Windows atau pun program Office sahaja. Kebanyakan virus dan worm berniat jahat telah merebak dan tersebar melalui e-mel, jadi berhati-hati terutamanya ketika membuka lampiran.

10. Gunakan Antivirus

Seharusnya tidak perlu diberitahu lagi, cuma mengingatkan. Pastikan peranti akses WiFi anda dipasang perisian antivirus. Ini untuk kawalan malware dan memastikan anda terlindung dari bahaya lain apabila mengakses WiFi secara terbuka.

Sumber : majalahPC

Thursday, 20 June 2013

Terdapat pelbagai cara untuk menetapkan ciri keselamatan ketika menggunakan internet seperti mengenkrip e-mel, menutup perkongsian fail dan memasang firewall. Kesemua ini boleh mengagalkan sebarang percubaan untuk menyeludup masuk ke maklumat peribadi anda menerusi internet. Biasanya penceroboh melakukannya untuk cuba mendapatkan capaian lain kepada komputer yang dirangkaikan kepada anda. Anda boleh membuang sebarang pelayaran web anda bagi menyusahkan orang lain mengetahui di mana anda pernah pergi dalam internet.
Anda boleh sembunyikan PC anda dan anda juga tidak mahu orang lain mengetahui kepada anda pernah berlayar dalam internet. Sebabnya ialah untuk mengelakkan rahsia anda terbongkar contohnya rancangan percutian bersama keluarga. Atau anda juga sedang menyimpan maklumat penting syarikat yang ditugaskan kepada anda.

Berikut adalah beberapa petua untuk Internet Explorer 5.5, anda akan dapati beberapa persamaan dengan Netscape, Opera, atau versi IE yang lain. Tetapi pelayaran ini tidak boleh mengelakkan anda daripada dikesan oleh ISP anda seperti Jaring atau TMNet. 



Jangan senarai diri anda

Setelah anda melayari internet anda dan jika anda akan meninggalkan PC anda buat sementara pastikan yang anda telah memutuskan pelayar web anda dengan sejarah pelayaran anda tadi. 

Senarai History IE adalah senarai laman-laman web yang telah anda lawati. Ia merupakan satu kaedah mudah untuk mendapatkan semula laman web yang pernah anda lawati tanpa menggunakan Favorites. Anda boleh mendapatkan laman-laman yang anda lawati sebelum ini menerusi Address Bar dan History akan menyenaraikan URL yang pernah anda lawati.

Fail History merupakan sebuah senjata serampang dua mata. Klik Tools, Internet Options, dan Clear History untuk membuangkan segala senarai laman-laman web yang telah anda lawati. Cara ini juga akan membuang senarai URL pada Address Bar. Anda boleh menukar jumlah hari atau jangkamasa URL boleh disimpan dalam History. Kurangkan jumlah hari untuk memendekkan jangka hayat URL dan tingkatkan jumlah hari untuk memanjangkan jangka hayat URL.

Jika anda mahu membaca fail History, klik Start, Find dan Files Or Folders. Taipkan History dalam medan Named. Dalam Look In, klik Local Hard Drives. Klik Find Now. Anda akan dapat mencari fail History file dalam C:\WINDOWS\HISTORY. Membuang bahagian tertentu dalam folder ini idak akan membuangkan sebarang maklumat yang terdapat pada Address Bar.

Satu lagi cara yang baik ialah untuk membuangkan cache IE atau fail Temporary Internet. IE dan pelayar web lain akan menyimpan salinan laman, foto dan grafik dalam folder berikut C:\WINDOWS\TEMPORARY INTERNET FILES semasa anda layari web. Jika anda tidak ia akan menyalin semua kandungan laman-laman web yang pernah anda kunjungi atau setiap kali anda kungjungi. Pada Internet Options General tab, klik Delete Files dan OK.


Bersihkan jejak anda

Kebanyakan laman web meletakkan fail kecil yang dinamakan cookies ke dalam PC anda. Cookies biasanya membantu laman web untuk mengingati anda dan sebarang spesifikasi peribadi anda semasa anda melayari laman web tertentu. Sesiapa sahaja boleh mencari sebarang maklumat atau sejarah pelayaran web anda jika mereka pergi ke C:\WINDOWS\COOKIES atau C:\WINDOWS\TEMPORARY INTERNET FILES.

Anda boleh membuang sebarang cookies daripada folder anda satu-persatu. Cara yang mudah adalah untuk menutup ruang untuk cookies semasa anda melayari web. Pada Internet Options, pilih Security dan Custom Level, pergi ke Cookies dan klik Disable pada semua yang berkaitan dengan cookies.

Petua-petua ini adalah untuk pengguna di rumah sahaja. Jika anda menggunakan komputer di pejabat pastikan yang rangkaian anda telah mempunyai polisi rangkaian yang baik. Kini dengan pelbagai ancaman daripada dunia luar seperti internet, syarikat hendaklah pastikan bahawa rangkaian mereka selamat dan tidak bervirus! 

Sumber : UMalaysia

Monday, 17 June 2013

Jenayah siber kian meningkat sehingga 88 peratus pada 2012, berbanding hanya 8,090 kes tahun sebelumnya. Ini hanya kes dilaporkan, namun masih ada banyak lagi kes jenayah siber belum dilaporkan kepada pihak berkuasa yang memantau kes ini.

Apabila isu jenayah siber semakin melarat, ibu bapa berasa bimbang dengan anak-anak yang setiap masa menggunakan Internet untuk mencari kenalan dan maklumat berkaitan sesuatu perkara. Malah menganggap Internet menjadi antara bahan rujukan utama dalam proses pembelajaran.

Kebanyakan ibu bapa yang ditemui berkata, tidak mengetahui sebab dan dengan siapa anak-anak mereka berkawan di laman sosial dan berasa hairan kerana sentiasa menggunakan Internet pada setiap masa, malah menghabiskan masa berjam-jam sehingga melupakan masa rehat dan tidak mengulang kaji pelajaran.

Isu jenayah siber ini mampu mengheret semua lapisan masyarakat tidak kira kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa ke kancah yang membimbangkan, sehingga membuatkan ibu bapa memantau pergerakan dan penggunaan Internet anak-anak supaya tiada perkara negatif berlaku.


Anggaran kira-kira 90 peratus daripada 8.5 juta kanak-kanak dan remaja berusia lima hingga 18 tahun mudah terdedah dengan gejala negatif siber ini malah 94 peratus pengguna Internet di Malaysia adalah remaja.


Bayangkan setiap individu di Malaysia ini mempunyai akaun Facebook sendiri, dengan itu banyak jaringan perhubungan yang meluas ini di seluruh dunia terbentuk.

Ada ketikanya pengguna Internet terlalu percaya kepada orang lain walaupun baru mengenali rakan yang menambah mereka di laman sosial. Sehinggakan berkongsi maklumat peribadi seperti nombor telefon, nama penuh dan kisah peribadi. Mereka ini tidak memikirkan kesan baik dan buruk berbuat demikian.

Penggunaan Internet ini juga turut menggalakkan penyamaran seperti tidak memaparkan nama dan wajah sebenar. Namun pengguna Internet yang bijak akan memikirkan keburukan itu dan lebih berhati-hati untuk menerima mereka sebagai kenalan baru.

Mereka ini akan menyebarkan maklumat lucah, imej pornografi, fail maklumat palsu, fakta yang tidak sahih dan berunsur fitnah. Sehinggakan individu itu berasa malu dan terasa diri diaibkan. Bahkan pengguna Internet juga seharusnya tidak terlalu memaparkan ketidakpuasan hati di laman sosial kerana ada pihak lain yang akan membacanya.

Jenayah siber yang kerap kali mendapat aduan daripada pihak berkuasa seperti judi siber, pengintipan, skim cepat kaya, kecurian maklumat, penyebaran virus, penggodam dan menyalin perisian secara tidak sah.

Ada juga yang mendedahkan maklumat diri seperti alamat rumah dan butir akaun bank, maklumat peribadi seperti ini seharusnya tidak dikongsikan dengan rakan di laman sosial tidak kira rakan yang kita kenal ataupun tidak. Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.

Antara langkah wajar yang boleh dilakukan adalah melindungi sistem komputer sendiri. Kita tidak boleh meminta atau mengharapkan bentuk lain untuk melindungi kita daripada ancaman jenayah siber ini.

Namun, setiap pengguna Internet haruslah memantapkan diri dengan ilmu dan teknologi supaya tahu perisian komputer itu. Misalnya melindungi komputer sendiri dengan perisian seperti antivirus, firewall, pop-up blocker, antispyware dan perisian keselamatan komputer yang lain.

Ibu bapa yang paling rapat dengan anak-anak haruslah memantau anak supaya kepelbagaian kemudahan itu dapat digunakan dengan sebaiknya, bukannya terjerat dengan keruntuhan akhlak akibat penggunaan laman sosial.


Sumber : UMalaysia