Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Tuesday, 24 September 2013

Nissan pada hari ini melancarkan model Grand Livina Facelift 2013 dalam tiga variants :

  • 2013 Nissan Grand Livina 1.6 M/T: RM86,880.00
  • 2013 Nissan Grand Livina 1.6 A/T: RM89,880.00
  • 2013 Nissan Grand Livina 1.8 A/T: RM99,880.00


2013 Nissan Grand Livina Launched In Malaysia: Prices From RM87k

Sumber: Livelifedrive

Thursday, 20 June 2013

Berdasarkan promosi awal di dalam laman web Naza Kia Malaysia, tempahan untuk model terbaharu Kia Cerato kini telah dibuka kepada umum. Pelancaran model berkenaan pula ditetapkan pada tarikh 2 Julai 2013 akan datang.




Sumber : NazaKia

Wednesday, 19 June 2013

ALOR SETAR 18 Jun - Pengedar rasmi kereta Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) hari ini melancarkan pusat jualan, perkhidmatan dan alat ganti (3S), Peugeot Blue Box baharu di Mergong di sini.

Pusat 3S itu merupakan yang ketiga dilancarkan tahun ini dalam usaha memperluaskan jaringan pasaran jenama tersebut, selain memberi perkhidmatan terbaik kepada pemilik kenderaan tersebut di bandar ini termasuk seluruh Kedah dan Perlis.

Sumber : UMalaysia

Tuesday, 18 June 2013


Ditawarkan pada harga RM159,999 (di atas jalan termasuk insurans) bersama jaminan selama lima tahun dan perbatuan sehingga 200,000 kilometer, ditambah dengan pelbagai ciri yang akan saya perincikan nanti, memang tidak ada sebab kenapa anda sekurang-kurangnya memandu uji Kuga.

Sejak diperkenalkan ke pasaran Eropah pada akhir tahun lalu, Kuga mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan. Gelombang populariti Kuga nampaknya diteruskan di semua pasaran yang ditembusinya, tidak terkecuali di Malaysia.




Sumber : Kosmo.com




Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd akan mempamerkan kereta konsepnya yang diberi nama Concept G4 di negara ini menerusi pameran bergerak di empat lokasi. 

Syarikat itu dalam kenyataannya berkata, pameran bergerak Concept G4 itu akan bermula esok hingga Ahad ini di Centre Court, pusat beli-belah Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, diikuti di pintu masuk utama Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang pada 5 hingga 7 Julai; Center Court, Sutera Mall Johor Bahru pada 12 hingga 14 Julai dan Rain Forest, Utama Shopping Mall di Lembah Klang pada 17 hingga 21 Julai. 
“Concept G4 dilancarkan baru-baru ini pada Pameran Automobil A ntarabangsa Shanghai Ke-5. Ia adalah ilustrasi terhadap model sedan kompak baru yang dirancang oleh Mitsubishi Motors Corporation (MMC) untuk dilancarkan pada peringkat global,” kata Mitsubishi Motors Malaysia dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam. 

Motif potongan berlian Concept G4 menggunakan rekaan bermotifkan potongan berlian yang begitu jelas di bahagian jeriji depan, kombinasi lampu hadapan dan lampu belakang untuk mewujudkan wajah hadapan yang ketara penampilannya dan bahagian belakang yang meninggalkan kesan tanggapan yang tajam apabila ia memacu ke jarak jauh. 

Ia memaparkan konsep gaya sedan kompak generasi akan datang menerusi muncung pendek yang menghasilkan penglihatan hadapan yang lebih baik dan pemanduan unggul, bahagian tepi anggun yang mengimbangi ruang dalaman antara yang paling luas dalam kelasnya dengan aerodinamik yang sangat anggun dan garis watak dinamik dari hadapan hingga ke belakang. 

Mitsubishi Motors Malaysia berkata, Concept G4 mencatatkan tahap kecekapan bahan api antara terbaik dalam kalangan model sekelasnya dan reka bentuk badannya yang menggunakan teknologi RISE (binaan kerangka badan diperkuat) juga paling ringan dalam kelasnya hasil penggunaan lebih banyak besi regangan tinggi.

Sumber : BHarian
Jangan lupa sertai peraduan anjuran Proton. Hadiah menarik menanti anda


Maklumat lanjut sila Klik http://bit.ly/ProtonSmilesTnC

Monday, 17 June 2013

Nissan Almera Nismo , diperlihatkan sempena Super GT International Series Malaysia 2013 di Sepang semalam. Ia adalah satu usaha oleh Nissan Motorsports Antarabangsa (Nismo) untuk menambah ahli keluarga Almera.




Sumber : paultan.org

Sunday, 16 June 2013

Pada Ulangtahun ke-20 Produa menganjurkan Perodua Race For A Cause pada 23 jun 2013 di Putrajaya bagi mengutip dana Amal bagi Kanak-kanak dan keluarga yang menghidap penyakit Kenser. Ayuh kita ramai-ramai mendaftar untuk menjayakan program ini dan menjadi rakyat malaysia yang sihat. Untuk mendaftar : http://goo.gl/g3M8r



Sumber : Produa
Proton pada hari ini melancarkan Kereta yang dikatakan paling murah dan mampu milik oleh rakyat Malaysia dengan harga RM33438 atau RM250 sebulan.



Sumber : SinarHarian