Showing posts with label Gajet. Show all posts
Showing posts with label Gajet. Show all posts

Thursday, 17 October 2013


Samsung-Tab-3-10.1
Walaupun tablet tidak mampu menggantikan sepenuhnya fungsi dan kebolehan sebuah komputer, namun ia tetap memberi manfaat kepada pengguna.

Berbanding penggunaan komputer, tablet didatangkan khusus dengan reka bentuk yang lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana tanpa memerlukan ruangan besar untuk simpanan.

Bahkan fungsinya yang membolehkan pengguna melakukan kerja seperti tugasan pejabat, melayari internet atau penggunaan lain-lain aplikasi, amat memudahkan sesuatu tugasan itu diselesaikan.


Samsung

Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd. sentiasa mengikut nadi perubahan citarasa pengguna dengan menawarkan produk yang bukan sahaja relevan malah pelengkap pelbagai permintaan gaya hidup, sekali lagi menawarkan produk terbaik apabila memperkenalkan Samsung Galaxy Tab 3 10.1.

Samsung Galaxy Tab 3 10.1 kini boleh didapati dengan sokongan teknologi 4G LTE melalui sistem pemprosesan Intel XMM 7160.

Tablet Android Samsung berkenaan yang dikuasakan pemproses Intel merupakan yang pertama seumpamanya untuk produk Samsung dan dilengkapi dengan cip Intel Atom Z2560, serta menyokong LTE dengan prestasi dan kuasa lebih tinggi serta bateri lebih cekap.

Berdasarkan pelancaran tablet tersebut Samsung amat yakin dengan penerimaan orang ramai terhadap sistem itu.

Lebih menarik, Samsung Galaxy Tab 3 10.1 menggabungkan reka bentuk lebih nipis dengan capaian pre-


Ninetology

Ninetology merupakan syarikat teknologi peranti mudah alih Asia Tenggara yang begitu agresif dan berusaha mencapai pertumbuhan memberangsangkan.

Ninetologi berbangga dapat bersaing dengan teknologi global dan piawaian antarabangsa yang terkemuka serta peka dengan ketelitian, seni dan kecantikan.

Dengan berpandukan inspirasi gaya hidup yang pantas dan penuh keberanian, produk Ninetologi mendapat ilham daripada penyelesaian yang ada pada hari ini untuk tahap kebolehgunaan dan fungsi yang tinggi.

Mei lalu, Ninetology tampil dengan produk baru tablet Ninetology outlook Pure (T8700) dan berada di pasaran pada Jun.

Tablet yang baru dilancarkan itu didatangkan bersama perkhidmatan jalur lebar 3G yang ditawarkan Clixster Mobil, selain mempunyai aplikasi yang mesra untuk seisi keluarga.

Selain Outlook Pure, Ninetology turut menawarkan Outlook Tablet dan Outlook Express.


Alcatel

Alcatel Onetouch adalah jenama di dalam TCL Communication, firma antarabangsa pelbagai budaya yang mereka bentuk, membangunkan dan memasarkan secara global rangkaian peranti mudah alih dan internet yang semakin berkembang.

Ogos 2013, Alcatel memperkenalkan One Touch Evo7 bersaiz 7 inci dengan paparan skrin 1024 x 600 serta lebih ringan seberat 395 gram.

Tablet terbaru ini turut dilengkapi dengan sambungan WiFi, 3G dan LTE.
 
Selain itu, pelbagai produk tablet turut ditawarkan Alcatel antaranya Alcatel One Touch Tab 7HD, One Touch Tab 7 (kuasa kompak) yang dikuasakan dengan pemprosesan dual teras.

Sumber:sinarharian

Tuesday, 15 October 2013


PENGGEMAR fotografi biasanya mahukan kelainan apabila menghasilkan foto bagi memenuhi kepuasan sendiri selain mempertontonkannya kepada umum.
Ini kerana hasil seni fotografi yang mempunyai kelainan tersendiri sudah pasti menjadi sebuah karya yang bermutu dan mempunyai nilai kreatif yang baik.
Sebab itulah sudah ramai di kalangan jurufoto memiliki kamera lasak untuk semua keadaan cuaca (All Weather Camera) yang dijual dalam bentuk kamera kompak.
Kamera seperti ini agak baru bagi kebanyakan peminat fotografi namun dengan teknologi digital terkini, kamera tersebut dapat menghasil fotografi yang bermutu dan boleh digunakan untuk cuaca biasa, dalam hujan dan boleh dibawa menyelam sehingga 15 meter.
Kelebihannya yang kalis air, tahan gegaran, calar, sejuk serta tahan habuk membuatkan kamera lasak ini semakin diminati kerana boleh digunakan dalam pelbagai keadaan.
Selain itu, kebanyakan kamera tersebut dilengkapi dengan sistem GPS, Wifi, Sensor Perakam Imej terkini yang boleh membuat rakaman gambar hingga 15 bingkai sesaat dan penstabilan imej optik.
Dengan adanya kamera untuk semua cuaca ini anda tidak perlu lagi takut sekiranya kamera anda terkena air dan sebagainya.
Antara kamera yang kini berada di pasaran adalah Nikon 1 AW1, Nikon Coolpix AW 110, Olympus Stylus TG-2 , Olympus TG-1 iHS, Panasonic TS5D, Panasonic TS20, Fujifilm Fine Pix XP150, Pentax WG-3GPS, Sony Cyber-shot DSC-TX20, Canon Power Shot D20, Samsung WP10 (AQ100) dan banyak lagi.
Kesemua kamera ini juga dilengkapi dengan perakam video berkualiti tinggi (Full HD Video 1080p) bagi menghasilkan rakaman video yang berkualiti.
Walaupun kamera lasak ini mempunyai pelbagai kelebihan namun harga yang ditawar oleh pengeluarnya amat berpatutan dan boleh dimiliki seperti mana kamera lain.


Sumber:Utusan

Tuesday, 24 September 2013

PENGGUNAAN telefon bimbit di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di Asia Pasifik serta melebihi negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah, menurut laporan terbaru firma kajian pengguna Nielsen.

Laporan Memahami Pengguna Telefon Bimbit Asia itu menunjukkan trend terkini dalam pemilikan telefon pintar serta sikap pengguna di sembilan negara Asia Pasifik termasuk Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina, Australia, Hong Kong, China, India dan Singapura.

Malaysia mencatatkan kadar penembusan telefon pintar 80 peratus selepas Hong Kong dan Singapura (87 peratus), diikuti Australia (75 peratus) dan China (71 peratus).

Laporan itu juga menunjukkan penggunaan telefon bimbit di Asia Pasifik terus mencatatkan pertumbuhan berganda sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Penggunaan telefon pintar di pasaran membangun juga mula meningkat. Thailand mencatatkan kadar penembusan 49 peratus diikuti Indonesia (23 peratus), India (18 peratus) dan Filipina (15 peratus).


Rakyat Malaysia paling ramai memiliki lebih daripada satu telefon bimbit

Jumlah pengguna yang memiliki beberapa telefon bimbit juga semakin meningkat di rantau Asia Pasifik, terutama di Malaysia, di mana hampir separuh atau 47 peratus pengguna memiliki lebih daripada satu telefon bimbit, diikuti Hong Kong (31 peratus) serta Singapura dan China (29 peratus).

Selain telefon pintar, penggunaan tablet juga dilihat semakin meningkat di pasaran rantau ini berbanding tahun lalu, dengan Singapura mencatatkan peningkatan hampir 30 peratus kepada 47 peratus, Hong Kong (57 peratus) dan Malaysia (42 peratus).

"Pertumbuhan dalam pemilikan peranti yang boleh disambung kepada internet di Asia Pasifik begitu besar sejak beberapa tahun ini.

"Walaupun graf pertumbuhan ini dijangka akan mula mendatar, penggunaan peranti ini akan terus berkembang dan memberikan peluang yang sangat besar kepada organisasi untuk berhubung dengan pengguna melalui platform ini," menurut Pengarah Amalan Telekomunikasi dan Teknologi Asia Tenggara Nielsen, Sagar Phadke.

Menurutnya, menjadi semakin penting bagi syarikat untuk membangunkan strategi mudah alih yang canggih bagi mengambil peluang daripada trend terbaru ini.


Samsung jenama telefon pintar paling popular di negara ini

Laporan itu turut menunjukkan jenama menjadi faktor utama yang mempengaruhi pemilihan telefon pintar bagi pengguna di Asia Pasifik, dan Samsung adalah jenama paling digemari di Malaysia.

Selain itu, pengguna di Asia Tenggara turut meluangkan purata tiga jam setiap hari menggunakan telefon pintar mereka, termasuk untuk aplikasi sembang, media sosial dan hiburan seperti permainan dan multimedia, iaitu tempoh penggunaan paling tinggi di dunia.

"Walaupun kadar penembusan telefon pintar belum mencecah 100 peratus, penggunaan aplikasi semakin meningkat. Satu daripada lima pengguna telefon bimbit di dunia, yang kini berjumlah 1.2 bilion orang, menggunakan aplikasi dalam telefon mereka.

"Di Asia Pasifik, permainan, aplikasi multimedia dan media sosial adalah paling banyak digunakan," kata Phadke.

Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Australia juga memperlihatkan penggunaan perdagangan mudah alih yang semakin tinggi, dengan kadar antara 25 peratus dan 31 peratus, di mana pengguna menggunakan telefon pintar mereka untuk membeli barangan atau membuat pembayaran.

"Memahami sikap pengguna telefon pintar adalah penting bagi kejayaan sesebuah syarikat pada hari ini," kata Phadke.

Sumber:sinarharian.com
samsung-galaxy-s5-sv-2014-kitkat
Dengan semua model bagi tahun ini sudah dilancarkan (  Galaxy S4 dan Galaxy Note III) samsung kini sudah mula membuat perancangan bagi tahun hadapan dimana sekitar bulan April, Samsung akan memperkenalkanGalaxy S5 yang akan menjadi pencabar kepada banyak peranti terbaru seperti iPhone 6 dan banyak lagi. Kami telah menyenaraikan beberapa ciri yang mempunyai kemungkinan besar akan diperkenalkan kepada Samsung Galaxy S5 yang akan dilancarkan kelak.
samsung-64bit-chip-s5-sv-malaysia
Cip Pemproses 64-bit
Samsung telah megesahkan bahawa mereka akan membangunkan cip pemprosesan 64-bit tersendiri untuk digunakan pada peranti keluaran syarikat daripada korea ini. Samsung Galaxy S5 dijangka akan menjadi peranti pertama yang menggunakan cip pemprosesan berkuasa tinggi yang menjanjikan pengguna telefon pintar yang lebih pantas dan lancar. Selain itu, Samsung juga dijangka akan menggunakan 3GB RAM sama seperti yang dilancarkan pada Galaxy Note 3. Buat masa ini, Apple iPhone 5s merupakan satu-satu nya peranti yang menggunakan cip pemprosesan 64-bit.
android kitkat malaysia
Android 4.4 KitKat
Versi terbaru Android yang telah di sahkan oleh Google ini dijangka akan dilancarkan pada Galaxy S4. Antara ciri baru pada Android 4.4 Kitkat ialah penggunaan RAM yang rendah, jangka hayat bateri yang lebih baik, Bluetooth 4.0, UI baru, dan banyak lagi. Untuk pengetahuan anda, Android 4.4 dinamakan sempena nama coklat bar KitKat.
galaxy s5 camera
Kamera 16 Megapiksel
Samsung telah memperkenalkan pengstabilan imej optic pada Galaxy Note 3 yang kami jangka pasti akan digunakan juga pada Galaxy S5. Selain itu, kami menjangkakan kamera 16MP yang mampu merakam video 4K, video gerak perlahan dan secara keseluruhanya ciri-ciri kamera yang lebih baik. baca laporan penuh mengenai Samsung Membangunkan Kamera 16MP OIS Untuk Galaxy S5
s5 video
Rakaman Video 4K
Samsung Galaxy S5 dijangka akan membawa ciri terbaru ini selepas Samsung melancarkan ciri rakaman video 4K pada Galaxy Note III yang mana secara kebetulan merupakan peranti pertama yang boleh merakam video HD terbaik dan kemungkinan besar Galaxy S IV akan diberikan kebolehan yang sama.
s5 malaysia
Reka Bentuk dan Komponen
Samsung dijangka akan menepikan penggunaan polycarbonate pada Galaxy S5 dan sebaliknya menggunakan rekaan yang berasakan aluminium-magnesium. Samsung bercadang untuk memberikan pebaharuan pada semua peranti Galaxy dengan memberikan rekaan yang lebih premium dan mewah seperti HTC dan Sony. Selain itu, Samsung juga mampu untuk memberikan peranti yang kalis air dan habuk pada Galaxy S5 seperti model S4 Active dan Galaxy X Cover 2. Samsung Galaxy S5 dijangka akan menjadi telefon pintar paling nipis dan pantas bagi tahun 2014. baca laporan mengenai Samsung Galaxy S5 Dengan Rangka Badan Besi?
igzo samsung s5
Skrin  Paparan IGZO
Awal tahun ini, telah dilaporkan bahawa Samsung telah membelanjakan hampir $110 juta untuk membeli teknologi skrin paparan IGZO daripada Sharp. Dengan pembelian teknologi masa depan ini, kami menjangkakan Samsung akan memperkenalkan panel berdefinasi tinggi yang nipis ini pada Galaxy S5.

Sumber:mobile88.com


Syarikat telekomunikasi BlackBerry Ltd baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar premium terbaru Z30.

Ia akan ditawarkan dengan dua warna hitam dan putih yang beroperasi pada platform BlackBerry 10.2 dengan harga RM1,998. 

Peranti terbaru ini akan ditampilkan dengan skrin sesentuh lima inci, digerakkan pemproses 1.7 gigahertz, akan bersaing dengan model terbaru Apple Inc, iaitu iPhone 5S dan Galaxy S4 daripada Samsung Electronics Co serta pelbagai peranti lain dikuasakan platform Android Google. 

Malaysia akan menjadi salah satu negara di dunia yang memperolehnya paling awal selain Hong Kong, dan ia akan dijual secara rasmi oleh Celcom Axiata Berhad (Celcom) untuk tempoh dua minggu sebelum dijual di pasaran terbuka.

Sumber : Yahoo.com

Sunday, 15 September 2013

TCT Mobile Malaysia Sdn Bhd (TCT Mobile) melancarkan Alcatel Onetouch IdolX, model baru telefon pintar keluaran Alcatel bagi pasaran Malaysia.
Model yang ditawarkan pada harga RM1,099 seunit itu didatangkan dengan empat pemerosesan berkapasiti 1.5Ghz, paparan definisi tinggi lima inci dengan teknologi penukaran cahaya (IPS) serta rekaan nipis dengan ketebalan hanya 6.9 milimeter.

Ciri berprestasi tinggi telefon pintar setaraf model telefon pintar utama lain tetapi Alcatel menawarkannya pada harga berpatutan.

Model telefon pintar terbaru Alcatel itu menawarkan paparan terbaik di bawah sinaran matahari kerana menggunakan teknologi IPS selain keluasan pandangan skrin sehingga 170 darjah.

Selain skrin definisi tinggi dengan IPS, Alcatel Onetouch IdolX juga didatangkan dengan kamera definisi tinggi 13.1 megapiksel yang menghasilkan gambar berkualiti.

Alcatel Onetouch IdolX

Sunber:Bharian.com

Saturday, 14 September 2013

Setelah banyak pengguna iPhone ternanti-nanti pengumuman tentang produk terbaru daripada Apple, akhirnya Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook telah melancarkan model iPhone terbaru iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C. 

iPhone 5C diperkenalkan adalah bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengguna dengan bajet yang lebih rendah manakala iPhone 5S akan memberi kepuasan yang lebih kepada penggemar iPhone. 

Pengenalan iPhone 5C yang dibuat dari plastik adalah strategi Apple untuk meluaskan pasaran iPhone terutama di negara ketiga yang mempunyai kuasa membeli yang lebih tetapi populasi yang tinggi seperti Indonesia, India dan China. iPhone 5C akan dijual pada harga yang lebih rendah daripada iPhone 5S dan iPhone 5C boleh dimiliki dengan lima pilihan warna iaitu hijau, kuning, biru, putih dan merah jambu. 

iPhone 5C 
Warna : Hijau, Kuning, Biru, Putih & Merah Jambu
Spesifikasi : 4 inci retina, 8MP kamera, pemproses A6
Harga : 16G RM1797, 32G RM2125

iPhone 5S 
Warna : Hitam, Kelabu & Keemasan
Spesifikasi : 64-bit pemproses A7
                        : Butang 'home' menggunakan 'fingerprint scanner' dan NFC
                        : Menggunakan iOS
Harga : 16G RM2125, 32G RM2452, 64G RM2780




Sumber:amanz

Tuesday, 25 June 2013

Jika Pebble membantu anda untuk menunjukkan informasi terkini dari telefon anda, Sony Smart Watch pula memberikan anda kebebasan untuk menggunakan informasi tersebut – terus di pergelangan tangan anda. Muat-turun aplikasi dari Google Play ke jam pintar ini dan tengok siapa post gambar ke Facebook, balas kicauan kawan anda di Twitter dan jaga kesihatan anda dengan app kesihatan. 


Sumber : Yahoo



Sunday, 23 June 2013

Memang hebat ciri-ciri yang terdapat pada alat sistem kedudukan global (GPS) terbaru keluaran Garmin, nuvi 3592LM. 

Malah ia dapat memain semula kandungan multimedia seperti video menggunakan platform OS Android. 

Dengan platform Android 4.0, banyak yang boleh dilakukan termasuk memuat turun aplikasi daripada Google Play dan kemudiannya dipamerkan di atas skrin GPS Garmin canggih terbabit. 

Selain itu, spesifikasi perkakasan bertaraf tinggi iaitu dual core prosesor berkapisiti sehingga 1.2 GH2 dan RAM 1.5GB. 



SPESIFIKASI 

Dimensi unit: 5.4"W x 3.4"H x 0.5"D (13.8 x 8.7 x 1.3 sm) 
Saiz paparan: 4.4"W x 2.5"H (11.1 x 6.3 sm); 5" diag (12.7 sm) 
Resolusi paparan: 800 x 480 piksel 
Jenis paparan: pelbagai sesentuh, orientasi berganda, warna WVGA TFT dengan lampu belakang putih 
Berat: 262 g 
Bateri: lithium-ion caj semula 
Jangka hayat bateri: sehingga dua jam 
Harga: RM1,199

Sumber : Bharian

Setelah kemunculan K-Touch Lotus II baru-baru ini, K-Touch melancarkan pula telefon quad core baru dengan skrin lebih besar iaitu 5.3 inci berbanding Lotus II hanya 4.5 inci saja. 

Dengan skrin lebih besar, K-Touch Titan ini juga mempunyai skrin berteknologi panel IPS dan Asahi Glass yang mempunyai teknologi anti gores alternatif dari Gorilla Glass. 
Mengenai kemampuannya pula, ia mempunyai prosesor pada K-Touch S100 Titan cukup hebat dengan chip Qualcomm MSM8225Q dengan kelajuan 1.2GHz, GPU Adreno 203 yang dilengkapi memori RAM 1GB, ROM 4GB serta slot microSD. 

Untuk sistem operasi, sudah menggunakan Android Jelly Bean 4.1.2. Ia juga mendukung Dual SIM GSM dual standby, tapi hanya salah satu yang mendukung jaringan data HSDPA, satunya hanya EDGE. 

Bagi bateri pula, K-Touch sudah menyertakan kapasiti 2800 mAh yang diharapkan boleh mengimbangi ukuran skrin dan prosesor pada telefon ini.


Sumber : BHarian
Bagi mereka yang tak mahu jam yang tak nampak macam jam, tetapi masih mahukan fungsi-fungsi yang pintar, Casio telah memperkenalkan
G-Shock dengan fungsi Bluetooth. Hanya boleh digunakan dengan iOS buat masa sekarang, ianya masih mempunyai rupa G-Shock di pasaran. Tetapi jika anda mendapat panggilan atau mesej, ianya boleh terpapar di skrin jam ini.


Sumber : Yahoo

Thursday, 20 June 2013

Secara ringkas, D5200 mempunyai kelebihan berbanding D3200 apabila ia 10 peratus lebih kecil dengan saiz 125 x 96 x 76mm manakala D3200 sebelum ini mempunyai dimensi 129 x 98 x 78mm yang turut memberi kesan kepada tahap beratnya.

Nikon berjaya mengurangkan berat kerangka D5200 kepada 505g saja yang memudahkan peng­guna membawanya ke mana saja.

Angka sama dapat disaksikan apabila D5200 memperbaiki kelembapan shutter lebih baik (276ms) berbeza dengan model D3200 iaitu 302ms.

Malah, jangka hayat bateri kali ini lebih baik apabila D5200 mampu merakam 540 foto dengan sekali cas.

D5200 menggunakan pemprosesan EXPEED 3 yang berprestasi tinggi di samping keupayaan resolusi 24 megapiksel lengkap bersama pengesan imej CMOS.




Sumber : HMetro

Lenovo Malaysia membawakan barisan telefon pintar terus ke negara ini melalui model K900, P780, S920, S820, A706 dan A380

Produk: Lenovo K900 
Harga: RM1,699 
Kenipisan: 6.9mm 
Berat: 162g 
Skrin: 5.5” IPS 1080p HD Penuh 
Pemprosesan Intel Atom Z2580 2.0GHz dengan teknologi Intel Hyper-Threading 
Grafik: Intel Graphics Media Accelerator PowerVR SGX 544MP2 
Kamera: 13MP 


Produk: Lenovo P780 
Harga: tidak diperoleh 
Bateri: 4000mAh 
Ciri: dwi sim 
Pemprosesan: 1.2GHz Quad Core 
RAM: 1GB 
Skrin: 5.0” HD 
Kamera: 8MP 


Produk: Lenovo S920 
Harga: RM1,099 
Skrin: 5.3” (1280 x 720) IPS 
Kamera: 8MP 
Pemprosesan: 1.2GHz Quad Core 
Berat: 159g 
Tahap nipis: 7.9mm 
RAM: 1GB 
Memori dalaman: 4GB 
Slot kad: microSD 
OS: Android 4.2 


Produk: Lenovo A706 
Harga: RM699 
Pemprosesan: 1.2GHz 
RAM: 1GB 
Ciri: dwi sim 
Kamera: 5MP 
Skrin 4.5 inci IPS 
OS: Android 4.1 


Produk: Lenovo S820 
Harga: tidak diperoleh 
Skrin: 4.7” HD 
Kamera: 12MP 
Tahap nipis: 0.35 inci 
Pemprosesan: 1.2GHz 
RAM: 1GB 
Setoran dalaman: 4GB 
OS: Android 4.2 
Bateri: 2000mAh 


Produk: Lenovo A390 
Harga: RM319 
Pemprosesan: 1.0GHz 
RAM: 512MB 
Setoran dalaman: 4GB 
Slot kad: microSD 
Kamera: 5MP

Sumber : HMetro
Syarikat yang berpengkalan di China membawa masuk P6 lengkap dengan RAM sebanyak 2GB, bateri 2000mAh di samping storan dalaman 8GB tetapi setakat ini mengesahkan hanya mengeluarkan telefon pada versi 3G manakala versi LTE masih dalam tempoh perbincangan dalaman syarikat.
Telefon itu akan beroperasi pada OS Android Jelly Bean 4.2.2 dan Emotion UI sendiri yang seakan iOS manakala sistem rangkaian ditetapkan pada HSPA+ bagi kelajuan muat turun 21Mbps. Skrinnya pula 4.7 inci LCD (1280 x 720 piksel) yang menyaksikannya lebih cantik dan peka sentuh.



Sumber : yahoo

Wednesday, 19 June 2013

BenQ telah melancarkan monitor VA LED tanpa kelip pertama di dunia dengan ciri-ciri inovatif untuk menambah keselesaan mata, serta meningkatkan keseronokan visual dan tahap produktiviti.



Monitor VA LED BenQ GW2760HS berukuran 27 inci membawakan ciri Teknologi Tanpa Kelip dan Mod Membaca Senseye.  Ia menjanjikan pilihan yang lebih pintar dan lebih sihat untuk pengguna yang banyak menggunakan komputer dan semakin ramai yang terjejas dengan Sindrom Penglihatan Komputer (CVS).

Sumber : majalahpc



NX300 dikatakan merakan imej berkualiti tinggi dengan  bantuan sensor 20.3 megapiksel APS_CMOS.Pelbagai variasi ISO (ISO100-25600) pada kamera ini juga meningkatkan prestasi rakaman imej agar kekal baik walaupun dalam keadaan gelap.




Sumber : majalahPC

Shanghai: Syarikat telekomunikasi China, Huawei akan melancarkan telefon pintar baru Selasa depan bagi meningkatkan saingan kepada pemain utama industri seperti Apple dan Samsung. 

Lokasi pelancaran adalah di Londons Roundhouse yang sebelum ini pernah menjadi lokasi bagi persembahan ikon rock seperti Jimi Hendrix dan Pink Floyd, lapor Dow Jones Newswires. 

Telefon berkenaan direka dengan sangat baik, dan ia adalah satu antara telefon paling nipis di dunia, kata Sladek.



Sumber : BHarian

LG Optimus G Pro membawakan skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 600, memori sebanyak 2GB RAM, bateri berkapasiti 3140mAh, dan dilengkapi dengan kamera 13-megapixel. Dari segi sistem operasi pula, ia dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean dan menggunakan antaramuka khas daripada LG. Harga peranti ini di jual dalam harga RM1300




150.2 mm x 76.1 mm x 9.4 mm
Weight
172 g
Operating system
Android 4.1.2 Jelly Bean LS970
SoC
Qualcomm Snapdragon 600
CPU
1.7 GHz quad-core Qualcomm Krait
GPU
Qualcomm Adreno 320
Memory
2 GB RAM
Storage
32 GB
Removable storage
microSD up to 64GB
Battery
Li-Ion 3140 mAh
Compatible networks
GSM (850 / 900 / 1800 / 1900), HSDPA, LTE
Display
5.5” (1080×1920 pixels)
Rear camera
13 MP
Front camera
2.1 MP

Sumber : amanz.com
MSI kini telah memperkenalkan beberapa model komputer gaming baru untuk pasaran Malaysia. Dengan kerjasama MSI dan rakan-rakan mereka seperti Intel dan SteelSeries, komputer riba gaming ini pasti akan memikat mata mereka yang serius mengenai gaming di mana sahaja. Di antara model yang dilancarkan adalah GT70. Komputer riba ini adalah (setakat ini) komputer gaming paling berkuasa di pasaran. Dikuasakan oleh cip prosessor Intel Core generasi ke-empat (yang dahulunya diberi nama kod Haswell), dan juga cip grafik GTX 780M dari NVIDIA. Selain itu ianya juga datang dengan fungsi Super RAID 2, papan kekunci dari SteelSeries dan juga paparan Matrix – di mana tiga paparan tambahan boleh disambung sekaligus ke komputer ini.




GS70 pula adalah Ultrabook gaming dari MSI. Ianya hanya setebal 21.8mm dan seberat 2.6KG. Ianya juga datang dengan cip Intel Core generasi ke-empat, dan cip grafik NVIDIA GTX 765M. Kalau anda mencari sebuah komputer riba gaming yang ringan GE40 adalah jawapan yang diberikan oleh MSI. Hanya seberat 1.9 Kg, ianya memberikan anda kuasa mutlak di mana sahaja anda berada, dengan prosessor Intel Core generasi ke-empat dan juga cip grafik GTX760M yang dimuatkan oleh MSI ke dalam badan komputer yang hanya setebal 23.5mm ini.

Sumber : yahoo.com

Tuesday, 18 June 2013



HTC one mini merupakan salah satu telefon pintar yang dinantikan ramai pengguna tempatan, dan setelah membuat pelancaran baru-baru ini. Kini pihak htc malaysia dalam persiapan akhir untuk pelancaran htc one di malaysia. Antara ciri-ciri yang ditawrkan HTC one mini ini adalah :

Android OS, v4.2 (Jelly Bean)
CPU: Dual-core
Internal: 16 GB, 2 GB RAM
Primary Camera : 4 MP, 2688 x 1520 pixels, autofocus, LED flash
Secondary: Yes
3G/4G Speed: HSDPA, HSUPA
Wi-Fi: Wi-Fi 802.11 b/g/n, Wi-Fi hotspot

Sumber : mobile88.com