Tuesday, 24 September 2013

samsung-galaxy-s5-sv-2014-kitkat
Dengan semua model bagi tahun ini sudah dilancarkan (  Galaxy S4 dan Galaxy Note III) samsung kini sudah mula membuat perancangan bagi tahun hadapan dimana sekitar bulan April, Samsung akan memperkenalkanGalaxy S5 yang akan menjadi pencabar kepada banyak peranti terbaru seperti iPhone 6 dan banyak lagi. Kami telah menyenaraikan beberapa ciri yang mempunyai kemungkinan besar akan diperkenalkan kepada Samsung Galaxy S5 yang akan dilancarkan kelak.
samsung-64bit-chip-s5-sv-malaysia
Cip Pemproses 64-bit
Samsung telah megesahkan bahawa mereka akan membangunkan cip pemprosesan 64-bit tersendiri untuk digunakan pada peranti keluaran syarikat daripada korea ini. Samsung Galaxy S5 dijangka akan menjadi peranti pertama yang menggunakan cip pemprosesan berkuasa tinggi yang menjanjikan pengguna telefon pintar yang lebih pantas dan lancar. Selain itu, Samsung juga dijangka akan menggunakan 3GB RAM sama seperti yang dilancarkan pada Galaxy Note 3. Buat masa ini, Apple iPhone 5s merupakan satu-satu nya peranti yang menggunakan cip pemprosesan 64-bit.
android kitkat malaysia
Android 4.4 KitKat
Versi terbaru Android yang telah di sahkan oleh Google ini dijangka akan dilancarkan pada Galaxy S4. Antara ciri baru pada Android 4.4 Kitkat ialah penggunaan RAM yang rendah, jangka hayat bateri yang lebih baik, Bluetooth 4.0, UI baru, dan banyak lagi. Untuk pengetahuan anda, Android 4.4 dinamakan sempena nama coklat bar KitKat.
galaxy s5 camera
Kamera 16 Megapiksel
Samsung telah memperkenalkan pengstabilan imej optic pada Galaxy Note 3 yang kami jangka pasti akan digunakan juga pada Galaxy S5. Selain itu, kami menjangkakan kamera 16MP yang mampu merakam video 4K, video gerak perlahan dan secara keseluruhanya ciri-ciri kamera yang lebih baik. baca laporan penuh mengenai Samsung Membangunkan Kamera 16MP OIS Untuk Galaxy S5
s5 video
Rakaman Video 4K
Samsung Galaxy S5 dijangka akan membawa ciri terbaru ini selepas Samsung melancarkan ciri rakaman video 4K pada Galaxy Note III yang mana secara kebetulan merupakan peranti pertama yang boleh merakam video HD terbaik dan kemungkinan besar Galaxy S IV akan diberikan kebolehan yang sama.
s5 malaysia
Reka Bentuk dan Komponen
Samsung dijangka akan menepikan penggunaan polycarbonate pada Galaxy S5 dan sebaliknya menggunakan rekaan yang berasakan aluminium-magnesium. Samsung bercadang untuk memberikan pebaharuan pada semua peranti Galaxy dengan memberikan rekaan yang lebih premium dan mewah seperti HTC dan Sony. Selain itu, Samsung juga mampu untuk memberikan peranti yang kalis air dan habuk pada Galaxy S5 seperti model S4 Active dan Galaxy X Cover 2. Samsung Galaxy S5 dijangka akan menjadi telefon pintar paling nipis dan pantas bagi tahun 2014. baca laporan mengenai Samsung Galaxy S5 Dengan Rangka Badan Besi?
igzo samsung s5
Skrin  Paparan IGZO
Awal tahun ini, telah dilaporkan bahawa Samsung telah membelanjakan hampir $110 juta untuk membeli teknologi skrin paparan IGZO daripada Sharp. Dengan pembelian teknologi masa depan ini, kami menjangkakan Samsung akan memperkenalkan panel berdefinasi tinggi yang nipis ini pada Galaxy S5.

Sumber:mobile88.com

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.