Showing posts with label Jam. Show all posts
Showing posts with label Jam. Show all posts

Tuesday, 25 June 2013

Jika Pebble membantu anda untuk menunjukkan informasi terkini dari telefon anda, Sony Smart Watch pula memberikan anda kebebasan untuk menggunakan informasi tersebut – terus di pergelangan tangan anda. Muat-turun aplikasi dari Google Play ke jam pintar ini dan tengok siapa post gambar ke Facebook, balas kicauan kawan anda di Twitter dan jaga kesihatan anda dengan app kesihatan. 


Sumber : Yahoo



Sunday, 23 June 2013

Bagi mereka yang tak mahu jam yang tak nampak macam jam, tetapi masih mahukan fungsi-fungsi yang pintar, Casio telah memperkenalkan
G-Shock dengan fungsi Bluetooth. Hanya boleh digunakan dengan iOS buat masa sekarang, ianya masih mempunyai rupa G-Shock di pasaran. Tetapi jika anda mendapat panggilan atau mesej, ianya boleh terpapar di skrin jam ini.


Sumber : Yahoo

Sunday, 16 June 2013

Menurut laporan MailOnline, Jam CST-01, rekaan pencinta aksesori masa, Dave Vondle, di bawah firma Central Standard Timing di Chicago, menggunakan sekeping keluli tahan karat.

Lebih menarik, jam yang lebih nipis berbanding kad kredit itu dilengkapi komponen fleksibel elektronik 0.5mm dan menggunakan kuasa bateri yang mampu dicas selama 10 minit serta memiliki jangka hayat selama 15 tahun.

Ia dikeluarkan dalam dua warna iaitu hitam dan putih pada harga AS$109 (RM400).





Sumber : SinarHarian