
Syarikat telekomunikasi BlackBerry Ltd baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar premium terbaru Z30.
Ia akan ditawarkan dengan dua warna hitam dan putih yang beroperasi pada platform BlackBerry 10.2 dengan harga RM1,998.
Peranti terbaru ini akan ditampilkan dengan skrin sesentuh lima inci, digerakkan pemproses 1.7 gigahertz, akan bersaing dengan model terbaru Apple Inc, iaitu iPhone 5S dan Galaxy S4 daripada Samsung Electronics Co serta pelbagai peranti lain dikuasakan platform Android Google.
Malaysia akan menjadi salah satu negara di dunia yang memperolehnya paling awal selain Hong Kong, dan ia akan dijual secara rasmi oleh Celcom Axiata Berhad (Celcom) untuk tempoh dua minggu sebelum dijual di pasaran terbuka.
Sumber : Yahoo.com
RSS Feed
Twitter
15:49
Ady Alyas
Posted in
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.