Wednesday, 25 September 2013

SPESIFIKASI
Kawasaki Z250
Enjin: 249cc, dua silinder selari, empat lejang, sejukan cecair, DOHC, lapan injap, suntikan bahan api
Transmisi: enam kelajuan
Kuasa maksimum: 32hp @ 11,000rpm
Tork maksimum: 21Nm @ 10,000rpm
Brek: Cakera berkelopak tunggal 290mm dan angkup dwi omboh di hadapan, cakera berkelopak tunggal 220mm dan angkup dwi omboh di belakang
Suspensi: rahang teleskopik 37mm di hadapan dan ‘Bottom Link Uni-Trak’ dengan penyerap gas dan pra beban boleh laras lima kedudukan.
Kapasiti tangki: 17 liter
Berat: 168kg
Harga: RM21,589 (tanpa insurans)


Sumber:bhauto.com




Tuesday, 24 September 2013

Nissan pada hari ini melancarkan model Grand Livina Facelift 2013 dalam tiga variants :

  • 2013 Nissan Grand Livina 1.6 M/T: RM86,880.00
  • 2013 Nissan Grand Livina 1.6 A/T: RM89,880.00
  • 2013 Nissan Grand Livina 1.8 A/T: RM99,880.00


2013 Nissan Grand Livina Launched In Malaysia: Prices From RM87k

Sumber: Livelifedrive
PENGGUNAAN telefon bimbit di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di Asia Pasifik serta melebihi negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah, menurut laporan terbaru firma kajian pengguna Nielsen.

Laporan Memahami Pengguna Telefon Bimbit Asia itu menunjukkan trend terkini dalam pemilikan telefon pintar serta sikap pengguna di sembilan negara Asia Pasifik termasuk Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina, Australia, Hong Kong, China, India dan Singapura.

Malaysia mencatatkan kadar penembusan telefon pintar 80 peratus selepas Hong Kong dan Singapura (87 peratus), diikuti Australia (75 peratus) dan China (71 peratus).

Laporan itu juga menunjukkan penggunaan telefon bimbit di Asia Pasifik terus mencatatkan pertumbuhan berganda sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Penggunaan telefon pintar di pasaran membangun juga mula meningkat. Thailand mencatatkan kadar penembusan 49 peratus diikuti Indonesia (23 peratus), India (18 peratus) dan Filipina (15 peratus).


Rakyat Malaysia paling ramai memiliki lebih daripada satu telefon bimbit

Jumlah pengguna yang memiliki beberapa telefon bimbit juga semakin meningkat di rantau Asia Pasifik, terutama di Malaysia, di mana hampir separuh atau 47 peratus pengguna memiliki lebih daripada satu telefon bimbit, diikuti Hong Kong (31 peratus) serta Singapura dan China (29 peratus).

Selain telefon pintar, penggunaan tablet juga dilihat semakin meningkat di pasaran rantau ini berbanding tahun lalu, dengan Singapura mencatatkan peningkatan hampir 30 peratus kepada 47 peratus, Hong Kong (57 peratus) dan Malaysia (42 peratus).

"Pertumbuhan dalam pemilikan peranti yang boleh disambung kepada internet di Asia Pasifik begitu besar sejak beberapa tahun ini.

"Walaupun graf pertumbuhan ini dijangka akan mula mendatar, penggunaan peranti ini akan terus berkembang dan memberikan peluang yang sangat besar kepada organisasi untuk berhubung dengan pengguna melalui platform ini," menurut Pengarah Amalan Telekomunikasi dan Teknologi Asia Tenggara Nielsen, Sagar Phadke.

Menurutnya, menjadi semakin penting bagi syarikat untuk membangunkan strategi mudah alih yang canggih bagi mengambil peluang daripada trend terbaru ini.


Samsung jenama telefon pintar paling popular di negara ini

Laporan itu turut menunjukkan jenama menjadi faktor utama yang mempengaruhi pemilihan telefon pintar bagi pengguna di Asia Pasifik, dan Samsung adalah jenama paling digemari di Malaysia.

Selain itu, pengguna di Asia Tenggara turut meluangkan purata tiga jam setiap hari menggunakan telefon pintar mereka, termasuk untuk aplikasi sembang, media sosial dan hiburan seperti permainan dan multimedia, iaitu tempoh penggunaan paling tinggi di dunia.

"Walaupun kadar penembusan telefon pintar belum mencecah 100 peratus, penggunaan aplikasi semakin meningkat. Satu daripada lima pengguna telefon bimbit di dunia, yang kini berjumlah 1.2 bilion orang, menggunakan aplikasi dalam telefon mereka.

"Di Asia Pasifik, permainan, aplikasi multimedia dan media sosial adalah paling banyak digunakan," kata Phadke.

Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Australia juga memperlihatkan penggunaan perdagangan mudah alih yang semakin tinggi, dengan kadar antara 25 peratus dan 31 peratus, di mana pengguna menggunakan telefon pintar mereka untuk membeli barangan atau membuat pembayaran.

"Memahami sikap pengguna telefon pintar adalah penting bagi kejayaan sesebuah syarikat pada hari ini," kata Phadke.

Sumber:sinarharian.com
samsung-galaxy-s5-sv-2014-kitkat
Dengan semua model bagi tahun ini sudah dilancarkan (  Galaxy S4 dan Galaxy Note III) samsung kini sudah mula membuat perancangan bagi tahun hadapan dimana sekitar bulan April, Samsung akan memperkenalkanGalaxy S5 yang akan menjadi pencabar kepada banyak peranti terbaru seperti iPhone 6 dan banyak lagi. Kami telah menyenaraikan beberapa ciri yang mempunyai kemungkinan besar akan diperkenalkan kepada Samsung Galaxy S5 yang akan dilancarkan kelak.
samsung-64bit-chip-s5-sv-malaysia
Cip Pemproses 64-bit
Samsung telah megesahkan bahawa mereka akan membangunkan cip pemprosesan 64-bit tersendiri untuk digunakan pada peranti keluaran syarikat daripada korea ini. Samsung Galaxy S5 dijangka akan menjadi peranti pertama yang menggunakan cip pemprosesan berkuasa tinggi yang menjanjikan pengguna telefon pintar yang lebih pantas dan lancar. Selain itu, Samsung juga dijangka akan menggunakan 3GB RAM sama seperti yang dilancarkan pada Galaxy Note 3. Buat masa ini, Apple iPhone 5s merupakan satu-satu nya peranti yang menggunakan cip pemprosesan 64-bit.
android kitkat malaysia
Android 4.4 KitKat
Versi terbaru Android yang telah di sahkan oleh Google ini dijangka akan dilancarkan pada Galaxy S4. Antara ciri baru pada Android 4.4 Kitkat ialah penggunaan RAM yang rendah, jangka hayat bateri yang lebih baik, Bluetooth 4.0, UI baru, dan banyak lagi. Untuk pengetahuan anda, Android 4.4 dinamakan sempena nama coklat bar KitKat.
galaxy s5 camera
Kamera 16 Megapiksel
Samsung telah memperkenalkan pengstabilan imej optic pada Galaxy Note 3 yang kami jangka pasti akan digunakan juga pada Galaxy S5. Selain itu, kami menjangkakan kamera 16MP yang mampu merakam video 4K, video gerak perlahan dan secara keseluruhanya ciri-ciri kamera yang lebih baik. baca laporan penuh mengenai Samsung Membangunkan Kamera 16MP OIS Untuk Galaxy S5
s5 video
Rakaman Video 4K
Samsung Galaxy S5 dijangka akan membawa ciri terbaru ini selepas Samsung melancarkan ciri rakaman video 4K pada Galaxy Note III yang mana secara kebetulan merupakan peranti pertama yang boleh merakam video HD terbaik dan kemungkinan besar Galaxy S IV akan diberikan kebolehan yang sama.
s5 malaysia
Reka Bentuk dan Komponen
Samsung dijangka akan menepikan penggunaan polycarbonate pada Galaxy S5 dan sebaliknya menggunakan rekaan yang berasakan aluminium-magnesium. Samsung bercadang untuk memberikan pebaharuan pada semua peranti Galaxy dengan memberikan rekaan yang lebih premium dan mewah seperti HTC dan Sony. Selain itu, Samsung juga mampu untuk memberikan peranti yang kalis air dan habuk pada Galaxy S5 seperti model S4 Active dan Galaxy X Cover 2. Samsung Galaxy S5 dijangka akan menjadi telefon pintar paling nipis dan pantas bagi tahun 2014. baca laporan mengenai Samsung Galaxy S5 Dengan Rangka Badan Besi?
igzo samsung s5
Skrin  Paparan IGZO
Awal tahun ini, telah dilaporkan bahawa Samsung telah membelanjakan hampir $110 juta untuk membeli teknologi skrin paparan IGZO daripada Sharp. Dengan pembelian teknologi masa depan ini, kami menjangkakan Samsung akan memperkenalkan panel berdefinasi tinggi yang nipis ini pada Galaxy S5.

Sumber:mobile88.com


Syarikat telekomunikasi BlackBerry Ltd baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar premium terbaru Z30.

Ia akan ditawarkan dengan dua warna hitam dan putih yang beroperasi pada platform BlackBerry 10.2 dengan harga RM1,998. 

Peranti terbaru ini akan ditampilkan dengan skrin sesentuh lima inci, digerakkan pemproses 1.7 gigahertz, akan bersaing dengan model terbaru Apple Inc, iaitu iPhone 5S dan Galaxy S4 daripada Samsung Electronics Co serta pelbagai peranti lain dikuasakan platform Android Google. 

Malaysia akan menjadi salah satu negara di dunia yang memperolehnya paling awal selain Hong Kong, dan ia akan dijual secara rasmi oleh Celcom Axiata Berhad (Celcom) untuk tempoh dua minggu sebelum dijual di pasaran terbuka.

Sumber : Yahoo.com

Sunday, 15 September 2013

TCT Mobile Malaysia Sdn Bhd (TCT Mobile) melancarkan Alcatel Onetouch IdolX, model baru telefon pintar keluaran Alcatel bagi pasaran Malaysia.
Model yang ditawarkan pada harga RM1,099 seunit itu didatangkan dengan empat pemerosesan berkapasiti 1.5Ghz, paparan definisi tinggi lima inci dengan teknologi penukaran cahaya (IPS) serta rekaan nipis dengan ketebalan hanya 6.9 milimeter.

Ciri berprestasi tinggi telefon pintar setaraf model telefon pintar utama lain tetapi Alcatel menawarkannya pada harga berpatutan.

Model telefon pintar terbaru Alcatel itu menawarkan paparan terbaik di bawah sinaran matahari kerana menggunakan teknologi IPS selain keluasan pandangan skrin sehingga 170 darjah.

Selain skrin definisi tinggi dengan IPS, Alcatel Onetouch IdolX juga didatangkan dengan kamera definisi tinggi 13.1 megapiksel yang menghasilkan gambar berkualiti.

Alcatel Onetouch IdolX

Sunber:Bharian.com

Saturday, 14 September 2013

Setelah banyak pengguna iPhone ternanti-nanti pengumuman tentang produk terbaru daripada Apple, akhirnya Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook telah melancarkan model iPhone terbaru iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C. 

iPhone 5C diperkenalkan adalah bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengguna dengan bajet yang lebih rendah manakala iPhone 5S akan memberi kepuasan yang lebih kepada penggemar iPhone. 

Pengenalan iPhone 5C yang dibuat dari plastik adalah strategi Apple untuk meluaskan pasaran iPhone terutama di negara ketiga yang mempunyai kuasa membeli yang lebih tetapi populasi yang tinggi seperti Indonesia, India dan China. iPhone 5C akan dijual pada harga yang lebih rendah daripada iPhone 5S dan iPhone 5C boleh dimiliki dengan lima pilihan warna iaitu hijau, kuning, biru, putih dan merah jambu. 

iPhone 5C 
Warna : Hijau, Kuning, Biru, Putih & Merah Jambu
Spesifikasi : 4 inci retina, 8MP kamera, pemproses A6
Harga : 16G RM1797, 32G RM2125

iPhone 5S 
Warna : Hitam, Kelabu & Keemasan
Spesifikasi : 64-bit pemproses A7
                        : Butang 'home' menggunakan 'fingerprint scanner' dan NFC
                        : Menggunakan iOS
Harga : 16G RM2125, 32G RM2452, 64G RM2780




Sumber:amanz

Tuesday, 25 June 2013

Jika Pebble membantu anda untuk menunjukkan informasi terkini dari telefon anda, Sony Smart Watch pula memberikan anda kebebasan untuk menggunakan informasi tersebut – terus di pergelangan tangan anda. Muat-turun aplikasi dari Google Play ke jam pintar ini dan tengok siapa post gambar ke Facebook, balas kicauan kawan anda di Twitter dan jaga kesihatan anda dengan app kesihatan. 


Sumber : Yahoo



Sunday, 23 June 2013

Memang hebat ciri-ciri yang terdapat pada alat sistem kedudukan global (GPS) terbaru keluaran Garmin, nuvi 3592LM. 

Malah ia dapat memain semula kandungan multimedia seperti video menggunakan platform OS Android. 

Dengan platform Android 4.0, banyak yang boleh dilakukan termasuk memuat turun aplikasi daripada Google Play dan kemudiannya dipamerkan di atas skrin GPS Garmin canggih terbabit. 

Selain itu, spesifikasi perkakasan bertaraf tinggi iaitu dual core prosesor berkapisiti sehingga 1.2 GH2 dan RAM 1.5GB. 



SPESIFIKASI 

Dimensi unit: 5.4"W x 3.4"H x 0.5"D (13.8 x 8.7 x 1.3 sm) 
Saiz paparan: 4.4"W x 2.5"H (11.1 x 6.3 sm); 5" diag (12.7 sm) 
Resolusi paparan: 800 x 480 piksel 
Jenis paparan: pelbagai sesentuh, orientasi berganda, warna WVGA TFT dengan lampu belakang putih 
Berat: 262 g 
Bateri: lithium-ion caj semula 
Jangka hayat bateri: sehingga dua jam 
Harga: RM1,199

Sumber : Bharian

Setelah kemunculan K-Touch Lotus II baru-baru ini, K-Touch melancarkan pula telefon quad core baru dengan skrin lebih besar iaitu 5.3 inci berbanding Lotus II hanya 4.5 inci saja. 

Dengan skrin lebih besar, K-Touch Titan ini juga mempunyai skrin berteknologi panel IPS dan Asahi Glass yang mempunyai teknologi anti gores alternatif dari Gorilla Glass. 
Mengenai kemampuannya pula, ia mempunyai prosesor pada K-Touch S100 Titan cukup hebat dengan chip Qualcomm MSM8225Q dengan kelajuan 1.2GHz, GPU Adreno 203 yang dilengkapi memori RAM 1GB, ROM 4GB serta slot microSD. 

Untuk sistem operasi, sudah menggunakan Android Jelly Bean 4.1.2. Ia juga mendukung Dual SIM GSM dual standby, tapi hanya salah satu yang mendukung jaringan data HSDPA, satunya hanya EDGE. 

Bagi bateri pula, K-Touch sudah menyertakan kapasiti 2800 mAh yang diharapkan boleh mengimbangi ukuran skrin dan prosesor pada telefon ini.


Sumber : BHarian